Pendedahan Kepada Asas ICT dan Komponen Komputer

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Jun 2019, Pusat Internet PPR Batu Gong juga mengadakan kelas perseorangan berkaitan asas ICT dan komponen komputer. Peserta pada kali ini merupakan pelajar sekolah rendah yang berbangsa cina. Beliau sering mengunjungi Pusat Internet dengan kawan-kawan yang lain, namun pengetahuan yang kurang berkaitan ICT menyebabkan beliau sukar untuk menggunakan komputer. Menyedari hal tersebut, penyelia di Pusat Internet mengambil inisiatif ini untuk mengajar dan mendedahkan beliau dengan komputer.

Peserta dibawa untuk mengenali komponen komputer terlebih dahulu seperti monitor komputer itu sendiri, tetikus, papan kekunci, port usb, port VCD/DVD serta sistem unit yang mengoperasikan keseluruhan komputer tersebut. Setelah itu, peserta digalakkan untuk bermain dengan papan kekunci dan tetikus melalui Miscrosoft Word. Dalam masa sama, penyelia membimbing peserta untuk mengenali huruf A – Z memandangkan beliau sukar untuk menentukan sesuatu kedudukan huruf di papan kekunci. Pada akhir sesi, beliau diajar untuk menyimpan hasil kerjanya dalam dokumen untuk kegunaan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali